Tuesday 20 March 2018

NAMA ANAK SITI NURHALIZA

Fatimah Az-Zahra dipilih sebagai panggilan sementara untuk bayi perempuan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dilahirkan di sebuah pusat perubatan di sini, pagi tadi.
Suami penyanyi itu, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu memberitahu, nama itu diambil sempena nama anakanda Nabi Muhammad.

"Untuk tempoh seminggu ini, sebelum nama sebenar diumumkan, kami sepakat memilih Fatimah Az-Zahra untuk bayi yang baru lahir ini.

'Pilihan nama sudah ada... Kami akan umumkan pada majlis yang akan dianjurkan kemudian," kata Khalid kepada pemberita.

Tokoh korporat itu tampak teruja dan bersyukur ketika ditemui, sebentar tadi.

Ketika ditanya perasaannya ketika melihat zuriatnya itu di hadapan mata, Khalid mengaku sebak.

"Sudah lama saya menantikan kehadiran anak perempuan. Saat saya melafazkan ikamat di telinganya, ketika itulah perasaan sebak timbul.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tidak jemu-jemu mendoakan kesejahteraan Siti," katanya.

Siti selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.55 kilogram secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di ibu negara, pada 19hb Mac 2018,  jam 8.17 pagi.

Sunday 18 March 2018

TEMBAK LUAR UNTUK MERANCANG KELUARGA, ADAKAH IA BETUL-BETUL BERKESAN?

Kaedah "Pancut Luar" adalah kaedah mencegah kehamilan yang paling selamat dan mudah.
Adakah kaedah ini benar-benar berkesan?
Apakah yang patut anda buat sebenarnya?

Pasti ramai ibu bapa di Malaysia yang bergantung kepada cara mencegah kehamilan yang satu ini sebagai kaedah semulajadi untuk elak mengandung. Pancut Luar lebih dikenali sebagai "Withdrawal Method".

Kaedah ini merupakan kaedah yang paling selamat, mudah dan tanpa kesan sampingan berbanding cara mencegah kehamilan yang lain.

Tapi adakah kaedah semulajadi ini benar-benar berkesan?
Menurut Kajian Perubatan, anda masih boleh mengandung walaupun jika pasangan “Tembak Luar”. Kaedah semulajadi ini telah membuatkan hampir 25% wanita mengandung. Ia lebih tinggi berbanding pasangan yang menggunakan Kondom (18% sahaja).
Namun jika ia dijalankan dengan betul, hanya 4% sahaja wanita yang akan mengandung.

Bagaimanakah cara yang betul itu? Mari kita selami dengan lebih lanjut.

Cara yang betul untuk kaedah "Pancut Luar" atau “Tembak Luar”:
  • Kaedah Pancut Luar ini memerlukan kepercayaan di antara 2 individu. Satu bagi pihak Lelaki dan satu bagi pihak Wanita.
  • Seorang Lelaki harus mempunyai daya kawalan kendiri yang kuat untuk menarik keluar penisnya dalam masa yang tepat sebelum sperma terkeluar.
  • Daya kawalan ini mungkin boleh terganggu dan terjejas jika Lelaki tersebut mencapai orgasma dan leka dengannya.
  • Bagi Wanita pula, anda perlu meletakkan sepenuh kepercayaan pada pasangan untuk menarik keluar penisnya pada waktu yang tepat. Di samping itu, anda juga digalakkan untuk ada Plan B.
Cara yang betul untuk menggunakan kaedah semulajadi Pancut Luar adalah dengan menggunakan:
  1. Spermicide ubat yang boleh membunuh sperma.
  2. Jangan bersenggama atau bergantung pada teknik Tembak Luar ini pada hari anda ovulasi.
  3. Jalan terbaik untuk elak mengandung adalah dengan mengira kitaran haid anda dengan kalendar haid.
  4. Pesan pasangan Lelaki kencing dulu sebelum bersenggama untuk mengeluarkan sperma yang mungkin telah ada, pastikan air mani yang ditembak tidak berada berhampiran vagina atau sekitar paha.
Bagaimana mahu elak “Kemalangan” walaupun selepas pasangan Pancut Luar?.
Langkah yang paling selamat untuk mengelak accident dan pasangan termengandung, walaupun selepas anda menggunakan kaedah tembak luar, adalah dengan menggunakan kaedah perancang lain juga.
Contohnya seperti:
  • Makan Pil Perancang atau Pil Emergency.
  • Penggunaan Kondom.
Dengan cara ini, kalau anda terbabas pun tidak mengapa, kerana: 
  • Kondom - Kondom cara yang paling selamat untuk dilakukan dengan teknik Pancut Luar. Jadi kalau anda tak mengeluarkan penis dalam waktu yang tepat pun, kemungkinan untuk mengandung masih rendah. 
Note: Jangan tak tahu, kadang-kadang precum juga ada sperma, ya!
  • Pil Kecemasan (Morning-After Pill) - Kemalangan boleh saja berlaku. Kalau pasangan masih mahu menggunakan kaedah semulajadi ini, para isteri sewajarnya menyimpan Morning-After Pill dalam laci. Pil Kecemasan ini amat berguna jika suami tiba-tiba terlupa untuk Tembak Luar. Anda boleh memakannya dalam masa 24 jam selepas berhubungan intim.
Kaedah semulajadi untuk Tembak Luar ini bukanlah kaedah yang paling selamat dalam mencari cara mencegah kehamilan. Namun, ia mungkin cara yang paling mudah dan tanpa kesan sampingan.
Akan tetapi, kaedah ini tidak melindungi anda dari jangkitan alat kelamin seperti STD. Maka, jaga-jaga jangan melakukannya secara sembarangan, ya!

Apapun pilihan anda, pastikan ia merupakan keputusan bersama di antara anda dan pasangan. Jangan bergaduh di kemudian hari pula ya!

Peringatan 1:
Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di www.SICODEK.com

Peringatan 2:
Kepada Para Lelaki Yang Inginkan Kawalan Permainan Saat Bersenggama, Yang Terbukti Membuatkan Para Isteri dan Pasangan Mereka Menggeletar Bolehlah Klik Dibawah Ini: